Musolla ini terletak di tingkat 3 bangunan blok A SK TUDM Subang. Musolla ini diberi nama Musolla As-Salam. Musolla ini digunakan sebagai tempat bagi murid menunaikan solat, membaca Al-Quran dan juga kelas mengaji bagi sesi pdp. Setiap kali waktu solat Zohor dan Asar, murid digalakkan menunaikan solat secara berjemaah di surau. Sepanjang bulan Ramadhan pula diadakan program solat hajat, tadarus Al-quran, bacaan Yaasin bagi mengimarahkan lagi musolla A-Salam ini. Jadual waktu solat dan jadual bertugas menjadi imam juga diwujudkan bagi memudahkan penggunaan musolla ini. Selain itu, disediakan juga bilik wudu' bagi murid lelaki dan perempuan sebagai kemudahan kepada murid untuk mengambil wudu'.
Visi Musolla As-Salam
Unggul Menjana Generasi Rabbani
Misi Musolla As-Salam
Mendidik Warga Sekolah Kebangsaan SK TUDM Subang menjadi insan yang taat perintah Allah dalam kehidupan seharian
Peraturan dan Adab Semasa di Musolla As-Salam
- Memakai pakaian yang suci, bersih dan menutup aurat
- Dilarang memakai pakaian yang mengandungi gambar yang tidak sesuai
- Masuk ke Musolla dengan berwuduk
- Langkah masuk dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri
- Mengambil tempat duduk pada shaf paling hadapan
- Merapatkan shof dan mengamalkan amalan memberi salam dan berjabat tangan
- Duduk dalam keadaan yang khusyuk, sopan serta menghadap kiblat
- Memperbanyakkan zikir ketika berada di Musolla
- Tidak membuat bising semasa berada dalam Musolla
- Menghormati azan dan iqamah serta menjawabnya dengan sempurna
No comments:
Post a Comment