Friday, June 19, 2015

BERSAMA IMARAHKAN MUSOLLA AS-SALAM

Musolla ini terletak di tingkat 3 bangunan blok A SK TUDM Subang. Musolla ini diberi nama Musolla As-Salam. Musolla ini digunakan sebagai tempat bagi murid menunaikan solat, membaca Al-Quran dan juga kelas mengaji bagi sesi pdp. Setiap kali waktu solat Zohor dan Asar, murid digalakkan menunaikan solat secara berjemaah di surau. Sepanjang bulan Ramadhan pula diadakan program solat hajat, tadarus Al-quran, bacaan Yaasin bagi mengimarahkan lagi musolla A-Salam ini. Jadual waktu solat dan jadual bertugas menjadi imam juga diwujudkan bagi memudahkan penggunaan musolla ini. Selain itu, disediakan juga bilik wudu' bagi murid lelaki  dan  perempuan sebagai kemudahan kepada murid untuk mengambil wudu'. 

Visi Musolla As-Salam 


Unggul Menjana Generasi Rabbani

Misi Musolla As-Salam


Mendidik Warga Sekolah Kebangsaan SK TUDM Subang menjadi insan yang taat perintah Allah dalam kehidupan seharian

Peraturan dan Adab Semasa di Musolla As-Salam


  1. Memakai pakaian yang suci, bersih dan menutup aurat
  2. Dilarang memakai pakaian yang mengandungi gambar yang tidak sesuai
  3. Masuk ke Musolla dengan berwuduk
  4. Langkah masuk dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri
  5. Mengambil tempat duduk pada shaf paling hadapan
  6. Merapatkan shof dan mengamalkan amalan memberi salam dan berjabat tangan
  7. Duduk dalam keadaan yang khusyuk, sopan serta menghadap kiblat
  8. Memperbanyakkan zikir ketika berada di Musolla
  9. Tidak membuat bising semasa berada dalam Musolla
  10. Menghormati azan dan iqamah serta menjawabnya dengan sempurna


































Thursday, June 18, 2015

FADHILAT RAMADHAN


PUASA bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam. Setiap detik sepanjang bulan Ramadan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini.
Allah telah memberikan kelebihan yang banyak kepada bulan Ramadan berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Rasulullah S.A.W bersabda yang ertinya : “Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadan diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pinta syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu.
Penyeru pun menyeru: “Wahai orang yang mengharapkan kebaikan! Terimalah. Wahai orang yang mengharapkan kejahatan! Brhentilah, dan (yang ikhlas) kerana Allah dibebaskan daripada api neraka dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam Ramadhan”. - (Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Hadis ini menerangkan beberapa keistimewaan bulan Ramadan, antaranya akan dibuka semua pintu syurga untuk menerima amalan-amalan soleh yang begitu banyak yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini.
Syaitan diikat
Begitu juga akan ditutup semua pintu neraka kerana sedikitnya bilangan maksiat yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini. Syaitan-syaitan juga akan diikat apabila tiba bulan Ramadan.
Kelebihan bulan Ramadan juga ialah difardukan puasa di dalamnya. Puasa merupakan setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Taala dan puasa juga sebagai penghapus dosa-dosa atas maksiat yang dilakukan.
Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang ertinya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu”. - (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Antara keistimewaan puasa juga, Allah akan menggandakan pahala orang-orang yang berpuasa melebihi amalan-amalan lain di mana kadarnya hanya diketahui oleh Allah.
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang ertinya: “Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya sehingga tujuh ratus kali ganda.”
Allah berfirman: “Melainkan puasa, kerana ianya untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku”. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk” - (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ganjaran di akhirat bagi orang yang berpuasa tentunya lebih besar, kerana nikmat dunia walau sebesar mana sekalipun tidak mungkin menyamai sekecil-kecil nikmat akhirat.
Rasulullah bersabda yang ertinya: “Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dipanggil ‘al-Rayyan’, masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat, tidak boleh masuk melaluinya seseorang pun selain mereka.
Diseru: “Mana orang-orang yang berpuasa?” maka mereka pun bangun, tidak akan masuk melaluinya seorang pun selain mereka, maka apabila mereka (orang berpuasa) masuk, pintu itu akan ditutup, maka tidak boleh masuk melaluinya seorang pun.” - (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Huzaimah pula disambung lagi. “Sesiapa yang masuk akan minum, dan sesiapa yang telah minum tidak akan dahaga selama-lamanya.”
Antara bekalan yang boleh diperoleh dari ibadat puasa:
Sifat ikhlas
Puasa merupakan ibadah yang paling hampir dengan makna keikhlasan bagi seorang hamba. Ini kerana ibadat puasa merupakan rahsia antara hamba dan tuhannya.
Seorang yang berpuasa boleh berbuka tanpa diketahui oleh orang lain, tetapi kerana ketakwaannya kepada Allah yang mengetahui zahir dan batinnya dan kerana mengharapkan pahala dan reda Allah, dia tidak melakukannya.
Itulah sebabnya ibadat ini istimewa dari yang lain. Sifat inilah yang paling berharga dalam kehidupan seorang Muslim kerana amalan yang tidak disertai dengan keikhlasan tidak diterima oleh Allah dan tidak membuahkan hasil.
Mujadalah dan kekentalan jiwa
Puasa memaksa kita meninggalkan keinginan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan kepada kita untuk melakukannya sebelum Ramadhan.
Ini mendidik kita untuk lebih tegas dan meninggalkan perkara yang sememangnya telah diharamkan oleh syariat di luar bulan Ramadhan.
Sabar
Puasa melatih kita supaya bersabar dalam berhadapan dengan keinginan diri dan godaan luaran sepanjang Ramadan.
Sabar seperti ini amat perlu dalam berhadapan dengan segala kemungkinan dan kehidupan.
Memelihara fizikal
Puasa menyebabkan kita terpaksa memelihara perut, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.
Prihatin dan belas kasihan
Puasa melahirkan rasa prihatin dan belas kasihan kepada fakir miskin, lantaran itulah disyariatkan zakat fitrah pada bulan ini untuk menguatkan lagi perasaan tersebut.
Perasaan ini adalah titik tolak kepada rasa tanggungjawab untuk melakukan pembaikan dalam masyarakat.
Membuka hijab antara diri dengan Allah
Ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadan berupaya membersihkan roh dan hati. Dengan itu terbukalah hijab antara hamba dengan tuhannya.
Mengenali erti kejayaan sebenar
Puasa mengajar mukmin erti kejayaan sebenar. Bukanlah harta atau kedudukan menjadi kayu pengukur kepada kejayaan tetapi tercapainya matlamat yang telah digariskan oleh Allah adalah kejayaan yang hakiki. Orang yang berpuasa akan memperoleh dua kejayaan, pertama ketika berbuka dan kedua ketika menemui tuhannya.
Rasa belas dan lemah lembut
Rasulullah S.A.W mengajar umatnya, apabila seseorang mencaci atau memperli orang berpuasa, maka hendaklah dia berkata “Aku berpuasa!.” Seorang mukmin yang hakiki amat berhajat kepada latihan seperti ini, kerana tidak mungkin dakwah dapat disebarkan dengan kekerasan.
Bahkan ia memerlukan sikap berlapang dada dan kemampuan menahan diri dari perasaan marah. Permusuhan dan perbalahan tidak sedikit pun mendatangkan keuntungan kepada dakwah, bahkan merugikan masa dan tenaga.
Memperkukuhkan kesatuan ummah
Orang Islam di seluruh pelosok dunia berpuasa dalam bulan yang sama. Masing-masing merasakan nikmat kebaikan bulan Ramadan dan perasaan ini dikongsi bersama oleh seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa keturunan,warna kulit, bahasa dan melampaui batas geografi. Merasai wujudnya kesatuan umat adalah perkara ‘dharuriah’ atau yang paling utama yang perlu ada dalam diri setiap mukmin.
Merapatkan hubungan dengan alam
Penentuan Ramadhan dan Syawal, membawa umat Islam memerhati perjalanan bulan dan bintang. Demikian itu melahirkan rasa keagungan kepada Penciptanya.
Menjaga masa
Puasa mengajar seorang Muslim supaya teliti dengan masa dan jadual hidup. Ketika bulan Ramadan, seorang Muslim perlu teliti dalam menentukan waktu berbuka dan sahur kerana sedikit kesilapan akan membatalkan puasanya. Disiplin masa seperti ini amat perlu dalam kehidupan seorang mukmin agar setiap perancangan hidupnya berjaya dan tepat pada masa yang ditetapkan.
Kesihatan tubuh badan
Pakar-pakar perubatan mendapati puasa boleh menyembuhkan pelbagai penyakit yang tidak boleh dipulihkan oleh sesetengah ubat-ubatan moden atau tradisi.
*** Artikel ini dipetik dari buku Panduan Puasa Ramadhan susunan Sarip bin Adul, Kulliyah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Ia disiarkan dalam versi digital menerusi portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Tuesday, June 16, 2015

AMBANG RAMADHAN 1436H

Kredit to Encik Google


Pada 16 Jun 2015 bersamaan hari Selasa yang lalu, satu program anjuran Panitia Pendidikan Islam Sk TUDM Subang telah diadakan sempena menyambut Ramadhan Kareem yang bakal tiba. Antara objektif Program ini dijalankan adalah sebagai pendedahan dan persiapan awal bagi warga Sk Tudm Subang menyambut kedatangan Ramadhan yang semakin hampir. Sedikit tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Zakaria Bin Ismail. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dan bersurai pada jam 10.00 pagi.

Ustaz Zakaria memberi sedikit perkongsian Ilmu


Murid mendengar dengan tekun

Barisan pentadbir



Thursday, May 28, 2015

KURSUS IMAM DAN BILAL

Kredit to Google

Pada 26 Mei 2015 bersamaan hari Selasa yang alu telah diadakan Kursus Imam dan Bilal anjuran Panitia Pendidikan Islam, Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada semua murid khusus Tahun 6 tentang tugas dan tanggungjawab imam dan bilal dalam solat berjemaah. Kursus ini diadakan di Dewan Hamka SK TUDM Subang.

Antara perkongsian ilmu yang diberikan oleh Ustaz Zakaria dan Ustaz Khalid ialah tentang tugas imam dan bilal, kedudukan imam dan makmum dalam solat jemaah, azan dan iqamah dan banyak lagi. Alhamdulillah murid kelihatan bersemangat dan seronok sepanjang melibatkan diri dalam program ini. Apa yang diharapkan agar program ini dapat memberi 1001 juta manfaat dan keleihan kepada semua guru dan murid dan dapat diteruskan pelaksanaan nya pada masa akan datang.In shaa Allah..

Peranan Imam dan bilal
Slot Azan dan Iqamah
Murid khusyuk mendengar
Wajah Ceria bakal Imam dan bilal

Penyampaian sijil kepada Imam yang dilantik

Kumpulan LDK

Perasmian oleh Puan Anis bt Iberahim

Monday, May 11, 2015

SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ SKTUDM SUBANG

Pada hari Jumaat bersamaan 8 Mei 2015 yang lalu, satu sambutan Israk Mikraj telah diadakan peringkat sekolah SK TUDM Subang. Majlis telah diadakan di Dataran Ibnu Sina. Bermula jam 7.30 pagi majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin yang diketuai Ustaz Zakaria bin Ismail. Seterusnya, ceramah Israk Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Khalid bin Ismail. 

Setelah itu, majlis diteruskan pula dengan kuiz yang diajukan kepada semua murid disertai dengan penyampaian hadiah oleh PK Pentadbiran,Puan Zuraidah binti Abdul Aziz.Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 10.30 pagi.
Bacaan Doa

Bacaan Yaasin 
Murid mendengar ceramah dengan khusyuk
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Mohd Khalid

Penyampaian hadiah kuiz oleh PK PTD

Wednesday, February 4, 2015

CARTA ORGANISASI GPI SKTUDM SUBANG

Guru-guru panitia Pendidikan Islam SK TUDM Subang

Belakang dari kiri : Pn Nurhafizah,Pn Yasmin,Pn Noraida,Pn Umi Natrah, Pn Shamsiah,Pn Suhaina,Pn Noorahayu,Pn Sofiyah,Pn Noraini,Pn Rosnizan,Pn Nurul Huda
Depan dari kiri : Ustaz Shamsul Amir,Ustaz Yusmizi, Pn Zamzam,Pn Anis bt Iberahim (guru besar),Pn Sabariah,Ustaz Khalid ( Ketua Panitia),Ustaz Zakaria